BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasangan Russia terkandas di Lawas


LAWAS: Pasangan dari Rusia bersama anak perempuan berusia empat tahun terpaksa tinggal di pondok di Kampung Pengaleh Lawas, kerana tidak dapat pulang ke negara berikutan Covid-19.

Menurut sumber di lokasi, Ivan Kudriashov, 41, Anna Kudriashova 34, dan Mariana Kudriashova, 4, sedang berehat di dalam pondok.

“Siasatan mendapati warganegara Rusia itu tidak dapat balik ke negara asal kerana ketiadaan penerbangan untuk balik. Mereka juga tidak mempunyai tempat untuk tinggal kerana kebanyakkan hotel di Lawas ditutup.”

“Selain itu, mangsa tertekan kerana tiada tempat untuk dituju dan terpaksa tinggal di pondok milik orang kampung. Mereka juga takut untuk turun ke bandar Lawas ekoran virus covid-19 selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” menurut kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

Difahamkan, mangsa tidak mempunyai bekalan makanan dan hanya bergantung dengan buah dari dusun penduduk untuk mengalas perut.

Menurut sumber itu lagi, mangsa tidak dapat berhubung dengan kedutaan Russia kerana masalah liputan telefon.

Berdasarkan pengamatan, ketiga-tiga warganegara Russia ini tidak mempunyai gejala demam.

Kesemua mereka mempunyai passport dan datang ke sini menggunakan pas lawatan sosial yang sah sehingga 16 April 2020.

Bertindak atas maklumat, Jabatan Imigresen Daerah Lawas telah membuat naziran ke atas keluarga warganegara Rusia itu di Kampung Pengalih Lawas. 

Objektif naziran di buat adalah untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu memudahkan urusan mereka dengan JIM LAWAS seperti kemudahan pergerkan rentas sempadan dan urusan yang berkaitan  lanjutan Pass Lawatan di Malaysia.

Hasil perbincangan dengan Ivan, beliau sekeluarga masih ingin menetap di lawas sehingga PKP selesai pada 14.04.2020. 

Mereka tidak bercadang untuk bergegas balik ke Rusia memandangkan cuaca di sana ketika ini (di Rusia) sejuk dan bersalji. Mereka mendakwa gembira di Lawas dan akan berada di Lawas sehingga PKP selesai.

Ketika ini perancangan mereka sekeluarga adalah untuk terus berada di lawas sehingga PKP selesai, dan selepas itu mereka berharap  dapat meneruskan perjalanan mereka ke Sandakan Sabah.

Walaubagaimana pun JIM Lawas menasihati mereka sebaik PKP selesai adalah lebih baik mereka mengambil peluang tersebut utk balik ke negara mereka memandangkan ketidakpastian situasi yg bakal berlaku di masa akan datang.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »