BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Paking percuma DBKU tempoh PKP

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengumumkan tiada fi letak kereta dikenakan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad berkata, dalam kenyataan berkata, langkah ini diambil sejajar dengan pengumuman oleh Kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, DBKU mengumumkan penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, pembayaran balik bagi pembelian tapak Bazar Ramadan akan dibuat melalui online transfer yang melibatkan seramai 144 peniaga.

Peniaga dikehendaki mengemukakan dokumen kepada pegawai Bahagian Pelesenan iaitu Encik Razman Salleh di talian 013-5656844 (Tapak Satok) dan Cik Flora di talian 014-8935046 (Tapak Semarak) selewat-lewatnya sebelum/pada 17 April 2020. 

Antara dokumen yang diperlukan adalah a) Resit Pembayaran Tapak Bazar Ramadan, dan b) Muka Depan Buku Bank atau Muka Surat Pertama Penyata Akaun Bank atas Penama Resit Pembayaran.

DBKU menyeru peniaga Bazar Ramadan pada tahun ini dapat meneruskan perniagaan mereka secara atas talian dengan menggunakan platform yang sedia ada seperti self-collect, khidmat penghantaran melalui runner ataupun aplikasi penghantaran seperti Grab Food, Food Panda, Helpy Service dan lain-lain.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »