BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nyahcemar di kawasan Zon Merah, Jingga diperhebat


KUCHING: Operasi nyahcemar giat dilaksanakan di tempat awam terutama kawasan Zon Merah dan Zon Jingga di seluruh Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, berkata, operasi nyahcemar dilakukan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bersama Jabatan Bomba dan 
Penyelamat Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, seramai 1,598 orang terlibat dalam operasi tersebut termasuk agensi-agensi yang dlantik. 

"Petugas terdiri daripada 26 PBT (Bahagian Penguatkuasa -311) (Pasukan Kesihatan Awam -284) (Kakitangan Sokongan – 86) 681, Jabatan Bomba dan Penyelamat 603, Angkatan Pertahanan Awam 107, RELA 83, Kementerian Kesihatan Malaysia 69, PDRM 49 dan Airport Fire and Rescue Services 6.


Menurutnya, sebanyak 51 kawasan yang sedang dan akan dilakukan operasi nyahcemar bermula 30 Mac hingga 14 April ini.

"Kawasan terbabit ialah Kuching 22, Miri 8, Samarahan 7, Sibu 4, Sarikei 4, Limbang 3, Betong 2 dan Sri Aman 1," katanya. 


Beliau berkata, keadaan keselamatan di Sarawak berada di dalam keadaan yang 
terkawal dengan kadar pematuhan PKP 96.5%. 

Katanya, semua agensiagensi yang terlibat dengan operasi PKP terus melaksanakan kawalan dan pemantauan di negeri Sarawak serta melakukan operasi nyahcemar di semua kawasan Zon Merah dan Jingga bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »