BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Netanyahu dikuarantin buat kali kedua


BAITULMAQDIS, 2 April (Bernama) -- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis terpaksa dikuarantin buat kali kedua dalam masa seminggu selepas menteri kesihatannya positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.

Netanyahu, 70, akan kekal dalam kuarantin secara sukarela sehingga Rabu depan, kata pejabatnya, kerana beliau sering bermesyuarat dengan Menteri Kesihatan, Yaakov Litzman.

Langkah itu dibuat berdasarkan cadangan doktor peribadi Netanyahu dan garis panduan kementerian kesihatan. 

Litzman, pemimpin Parti United Torah Jodaism, kini dikuarantin bersama isterinya yang turut disahkan positif COVID-19.

Pada Rabu, Netanyahu keluar daripada kuarantin selama dua hari, selepas seorang penasihatnya disahkan dijangkiti.

Netanyahu bukan saja berdepan cabaran menangani wabak COVID-19, tetapi turut bergelut untuk membentuk kerajaan perikatan dengan bekas seteru politiknya, Benny Gantz serta parti berhaluan sederhana, Parti Biru Putih.

Netanyahu turut berdepan perbicaraan rasuah yang dijadualkan bermula pada 24 Mei.

Menurut perangkaan rasmi, 6,211 diuji positif wabak itu di Israel dan 31 orang meninggal dunia.
--Bernama
Kredit gambar Yahoo News

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »