BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan lemas di Empangan Chenderoh

KUALA KANGSAR, 2 April -- Seorang nelayan darat yang tidak pulang selepas keluar dari rumahnya sejak awal pagi semalam, ditemui mati lemas di kawasan Empangan Tasik Chenderoh dekat sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa, Jama Razali, 59, dari Kampung Changkat Payong, Kati di sini ditemui pada pukul 2.50 petang ini.

Katanya mangsa yang juga penoreh getah keluar dari rumah seorang diri untuk menarik pukatnya di Tasik Chenderoh dengan menaiki sebuah motosikal selepas solat Subuh. 

“Seorang kawan mangsa mengesyaki mangsa lemas setelah melihat sampannya di Tasik Chenderoh kira-kira 8.30 malam tadi sebelum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Razali berkata usaha untuk mencari mangsa tidak dapat dijalankan malam tadi atas faktor keselamatan sebelum gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba pagi ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Mohd Taufiq Abd Sattar berkata mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 300 meter dari tempat sampan mangsa ditemui. 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »