BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan dikhuatiri hilang di perairan Asajaya

ASAJAYA: Nelayan dikhuatiri hilang di perairan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Hamzah Dipi berusia 40-an keluar ke laut jam 1 pagi.

Pengarah APMM Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, bot mangsa ditemui jam 8 pagi oleh rakan nelayan pada jarak tiga batu nautika dari pantai. 

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan jam 12.45 tengah hari ini.
  
"Pengawal 42 digerakan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, agensi sahabat telah dimaklumkan berkenaan kejadian bagi bantuan aset di lokasi pencarian. 

"Pihak Bomba telah tiba di Kampung Sebandi Hulu, malah komuniti nelayan turut dimaklumkan bagi membantu pencarian mangsa di sekitar kawasan kejadian,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »