BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MPPK yakin kerajaan punyai SOP terbaik

KUCHING: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yakin kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik bagi memastikan pelajar dapat pulang ke kampung halaman secara berperingkat, tertib, selamat dan tidak terdedah dengan risiko COVID-19.

Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri menyambut baik pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terkandas di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula esok.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat kebajikan pelajar universiti sepanjang PKP ini.

"Pelajar yang terlibat akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan serta topeng muka manakala semua kos penghantaran pelajar ditanggung oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pergerakan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja. 

"Pelajar dari kampus akan terus dihantar ke balai polis atau pejabat daerah masing-masing sebelum dihantar pulang ke rumah oleh pihak berkuasa. 

"Pelajar yang ingin pulang ke zon merah tidak dibenarkan dan perlu menunggu arahan selanjutnya," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »