BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Minum air sungai untuk teruskan hidup


 
SPAOH: Hanya bergantung dengan air sungai dan makan sayur midin mentah, warga emas mampu survival untuk terus hidup selama lapan hari di dalam hutan.

Warga emas Lajung atau Abu Bakar Dayat berusia 60 tahun itu dilaporkan hilang di hutan kecil Sebetan sejak 10 April lalu sebelum ditemui kira-kira jam 2 petang semalam.

Warga emas dari Kampung Hulu tersebut ditemui pasukan mencari dan penyelamat dalam keadaan tidak bermaya.

“Bagaimanapun, Lajung dijumpai dalam keadaan sangat lemah. 

“Dia mendakwa tidak menyentuh sebutir nasi selama hilang, sebaliknya bergantung kepada sayur midin dan air sungai sahaja.

"Syukur, usaha penduduk dan agensi penyelamat membuahkan hasil.

"Saya mewakili ahli keluarga Lajung mengucapkan terima kasih,” kata Kaunselor Abang Suhordie Abang Zaini, dipetik Suara Sarawak baru-baru ini.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Spaoh untuk tindakan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »