BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MBKS batalkan Bazaar Ramadan di kawasan pentadbirannya

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil keputusan membatal Bazaar Ramadan di kawasan pentadbirannya tahun ini.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, ini berikutan kebimbangan 
pandemik COVID-19 yang membimbangkan dunia masa ini.

"MBKS telah memantau keadaan semasa dan berpendapat bahawa Bazaar Ramadan yang dikerumuni orang ramai untuk membeli pelbagai juadah.

"Jika terus beroperasi akan menimbulkan risiko dan kita bimbang rantaian COVID-19 tidak dapat diputuskan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kesihatan dan keselamatan masyarakat adalah menjadi keutamaan MBKS.
 
Sementara itu,Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere chiang berkata, pihaknya menunggu keputusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memuktamadkan perkara itu.

"Kita tunggu keputusan mereka sama ada akan membatalkan atau meneruskan bazar Ramadan tahun ini,"katanya.

Katanya,jika JPBN membatalkan Bazaar Ramadan pihaknya akur dengan keputusan itu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »