BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat warganegara Thailand ditemui


KUCHING: Mayat lelaki warganegara Thailand yang dilaporkan hilang Isnin lalu setelah terjatuh dari bot di terminal jeti pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) Tanjung Bako,di sini,ditemui pagi ini.

Penemuan mayat, Akson Daengprasert, 40, dimaklumkan nelayan kepada pihak Bomba jam 7.30 pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
jarak mayat tersebut dijumpai adalah 100 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB). 

"Mayat telah diangkat oleh pihak Bomba ke jeti  dan dilakukan pengecan oleh majikan dan awak-awak.

"Mereka telah mengesahkan mayat berkenaan adalah mayat mangsa yang dicari," katanya di sini hari ini.

Katanya, selain pihak Bomba, operasi SAR itu turut disertai pihak polis,Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan LKIM.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »