BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat warga emas lemas ditemui petang ini

SIBU: Mayat warga emas yang lemas setelah jatuh sungai di Pulau Li Hua, Sungai Batang Rajang,di sini, Ahad lalu ditemui petang ini.

Mayat Lim Lian Tiong, 63, dijumpai orang awam pada jam 4.15 petang pada jarak tiga kilometer dari lokasi Pos Kawalan Operasi Bomba (PKB).

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Setelah selesai penyerahan mangsa dilakukan, operasi ditamatkan pada jam 5 petang ini.

"Selain pihak Bomba turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) pihak polis dan orang awam,"katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa keluar memancing di perairan sungai Batang Rajang berdekatan dengan Pulau Li Hua menggunakan sebuah perahu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »