BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat warga emas ditemui terapung di Sungai Mamat

SERIAN: Mayat lelaki warga emas yang hilang di hutan di Jalan Sungai Mamat Lama, Batu 30 1/2, Jalan Kuching-Serian Sabtu lalu, ditemui petang ini.

Mayat Then Shin Siong,71,dijumpai terapung di Sungai Mamat jam 1.12 petang dalam jarak 2.68 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat tersebut telah disahkan oleh anak mangsa. 

"Mayat mangsa tersebut diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.55 petang semalam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serian.

"Anaknya memaklumkan ayahnya telah hilang pada jam 2 petang Sabtu lalu ketika dalam perjalanan balik ke rumah,"ujarnya.

Katanya, dengan penemuan mayat tersebut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua yang turut disertai pihak Polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dihentikan jam 2.30 petang ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »