BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat mangsa lemas di sungai Akah ditemui


MARUDI: Mangsa lemas setelah bot yang dinaiki karam ketika menangkap ikan di sungai Akah, Long Tap Ulu Baram, di sini, Selasa lalu ditemui petang ini.

Mayat Tingan Ngau, 30-an dijumpai di Kampung Silir, di tepi sungai jam 2.30 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
mayat mangsa akan di bawa ke Long San dan kemudian ke Long Tap. 

Dalam kejadian Selasa lalu,mangsa bersama seorang rakan pergi ke sungai untuk menangkap ikan.

Perahu yang digunakan karam manakala rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Gambar hiasan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »