BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat mangsa bot bantuan makanan karam ditemui

JULAU: Mayat petugas penghantar bantuan makanan yang lemas setelah bot panjang yang dinaiki bersama dua rakannya karam di Nanga Senyuruk, Ulu Ensiring, di sini, petang Selasa lalu ditemui petang ini.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Ismuni Umar mengesahkan mayat mangsa ditemui jam 4.10 petang oleh penduduk rumah panjang.

"Mayat mangsa ditemui di Lubuk Dabai, Sungai Ensiring," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu,mangsa yang lemas dikenali Mazian Seliong, 35, manakala dua lagi rakannya selamat dalam kejadian itu.

Ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan balik menghantar  bantuan makanan dari Sungai Nilau, Ulu Julau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Meluan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »