BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat kanak-kanak lemas ditemui

KANOWIT: Mayat kanak-kanak lelaki lemas di sungai Ngemah Nanga Jagau,di sini,Khamis lalu,ditemui pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,
mayat Nekson Dana ak Raimond,7,ditemui terapung di tebing sungai Ngemah Nanga Benuk pada jam 8.45 pagi oleh penduduk kampung.

"Mayat dijumpai dalam anggaran jarak tiga kilometer di hilir tempat kejadian,"katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4 petang Khamis lalu,kanak-kanak malang terbabit mandi bersama datuk dan neneknua di sungai Ngemah.

Semasa neneknya hendak naik untuk memakai baju, tangan mangsa terlepas dari gengaman  neneknya dan terus hanyut di bawa arus deras.

Datuk dan neneknya bergegas
balik ke rumah panjang untuk meminta
bantuan dari penduduk rumah panjang
Unau ak Mou untuk mencari mangsa.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »