BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut terjatuh tingkat 12

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartmen itu bersama empat rakannya dan mangsa sering duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- Bernama

gambar hiasan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »