BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut dalam kemalangan kendiri di Batu 9, Jalan Bintulu/Miri

BINTULU: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri di Batu 9, Jalan Bintulu/ Miri, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu, Panyau ak Gaing, 29, beralamat di rumah Banda, Nanga Seranggir, Ulu Snap, Tatau, cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital Bintulu jam 4.50 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, rakannya yang menumpang, Daniel ak Nin, 32, beralamat di rumah Seeking, Nanga Merit, Kapit, mengalami kecederaan di bahagian badan masih dirawat di hospital terbabit.
"Ketika kejadian  kenderaan jenis KIA Spektra yang dipandu mangsa dari arah Miri menghala ke Bintulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu terbalik di bahu jalan.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »