BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maritim Malaysia bantu penduduk kampung


TANJUNG MANIS: Maritim Malaysia, Zon Tanjung Manis menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) kesan penularan COVID-19 pada masa ini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim, Mohd Ariz Md Kassim berkata, sebanyak 30 keluarga telah dibantu meliputi penduduk di sekitar Tanjung Manis, Kampung Jerijeh, Kampung Belawai dan Kampung Sebayang.

"Kita harap sumbangan keperluan harian ini dapat meringkan bebanan penduduk pada saat getir menangani wabak COVID-19 ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

"Duduklah di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar,amalkan kebersihan diri sepanjang masa," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »