BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mangsa tidak pernah ke Itali, Dr Sim

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Sim Hui Kian memberitahu kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak,  berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali.

“Saya difahamkan keluarga kluster tidak pernah ke Itali, tetapi salah seorang ahli keluarga terdedah dengan rakan sekerja yang baharu pulang dari sana.”

“Dia tidak sedar kerana hampir tiada simptom. Tetapi dia menjangkiti orang lain dan menyebabkan virus itu merebak kepada orang lain. Sebab ini saya nasihatkan, orang awam perlu tinggal di rumah,” katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini.

Sim berkata, orang awam harus lebih berwaspada terhadap bahaya jangkitan Covid-19 kerana terdapat kes pesakit tidak tahu dirinya dijangkiti.

“Jangan menjangkiti orang lain. Sesiapa sahaja yang ada kontak dengan individu yang positif Covid-19 tolong tampil untuk dibantu dan diperiksa. Tiada stigma, jangan takut kerana ia bukan salah kamu.”

Sim yakin kaedah terbaharu kerajaan negeri yang mewajibkan semua rakyat Sarawak yang pulang dikuarantin selama 14 hari di hotel dapat membendung penularan wabak ini.

Sim dalam itu, turut meminta rakyat di negeri ini memberikan kerjasama dengan menghentikan kunjungan ke luar negara seperti Itali, Sepanyol, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

Malahan, Dr Sim dan rakan rakan sekerja yang kena kuarantin kini menjalankan mesyuarat secara maya menggunakan "video conference". 

Beliau menyeru rakyat Sarawak bersatu padu dan merapatkan barisan berjuang mengalahkan virus covid-19. 

"Virus tidak pedulikan fahaman politik, atau kepercayaan agama, tidak kenal kaya atau miskin, orang biasa atau manusia berkuasa,  kita mesti bersatu menghadapi," rayu beliau. 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.

Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »