BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maklumat penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Pengecualian caj RM1.00 semua mesin ATM rangkaian MEPS

Berikut beberapa maklumat penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Covid-19 sebentar tadi.

• Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan dan PayNet untuk mengecualikan caj RM1.00 bagi pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS.

• Pengecualian caj RM1.00 ini akan bermula pada Isnin, 6 April 2020 sehingga tamat tempoh PKP.

• Ini akan memberi rakyat Malaysia kemudahan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM yang berdekatan tanpa dikenakan apa-apa caj.

• Namun orang ramai diingatkan supaya mengamalkan penjarakan sosial dan digalakkan untuk menggunakan kemudahan perbankan atas talian di dalam urusan seharian bagi mengurangkan pergerakan.

Pelajar Tajaan Di Luar Negara

• Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan Kerajaan (JPA, MARA, KPT dan Petronas) yang telah tamat pengajian dan masih belum pulang ke tanah air, akan diberi bantuan ihsan.

• Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal dan makan/minum. Bantuan akan dihulurkan sehingga satu masa yang ditetapkan oleh penaja masing-masing.

• Justeru itu, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan kebajikan anak-anak mereka. 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-17. 

• Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya, dan melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan. 

• PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut. Sebanyak 4,564 premis juga telah diperiksa oleh PDRM.

• Semalam (2 April 2020), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana melanggar PKP (451 direman dan 73 dijamin).

• Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April 2020) - 562 penahanan. 
• Seramai 483 individu dituduh di mahkamah. 

Operasi Sanitasi Awam COVID-19 

• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama agensi berkaitan telah melaksanakan Ops Sanitasi Awam di seluruh negara.

• Sejak 27 Mac 2020 sehingga semalam (2 April 2020) sebanyak 371 kawasan telah dinyah cemar. 

Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan 

• Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.

• Mesyuarat memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yang berada di Malaysia. 

• Mereka perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kepada warganegara mereka. Bagi yang di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bawah kawal selia DBKL.

• Kerajaan akan bantu menyelaras apa yang mereka perlukan.

Pengurusan Pusat Kuarantin 

• Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.

• Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web www.agc.gov.my 

• Bagi penumpang ke Sabah dan Sarawak yang pulang dari luar negara dan transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Malaysia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak. 

Pasar Ramadhan 

• Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak akan dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

• Walaubagaimanapun, jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kepada SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Jarak 10 Kilometer 

• Memang kita tahu undang-undang tidak boleh terlalu spesifik merangkumi setiap individu. Secara umum pergerakan adalah dalam radius 10 kilometer.

• Walau bagaimanapun pihak polis diberikan kuasa dan budi bicara mengikut kes (case by case basis) untuk mempertimbangkan pelepasan perjalanan antara daerah atau interstate.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »