BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Live view CCTV bantu berkas pencuri


KUCHING: Tiga lelaki bukan sahaja  diberkas kerana melakukan aktiviti pecah rumah tetapi melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua daripada mereka berusia 28 tahun dan seorang berusia 21 memecah masuk sebuah rumah di Jalan Stutong Baru, di sini yang dilengkapi Litar Kamera Tertutup (CCTV) ditinggalkan kosong penghuninya yang berada di Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata,pihak polis dari Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima maklumat bahawa telah berlaku kes pecah rumah di Jalan Stutong pada  jam 4.30 pagi.

"Setelah diperiksa dengan izin pemilik rumah mendapati kesan pecah masuk dan keadaan rumah yang diceroboh dan suspek dipercayai telah melarikan diri. 

"Pada jam 5.15 pagi pihak polis menerima maklumat dari pemilik bahawa suspek telah kembali semula ke tempat kejadian dan sepasukan polis telah mengepong kawasan rumah tersebut dan berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemilik rumah mengetahui kejadian berdasarkan rakaman  CCTV di telefon bimbitnya dan terus menghubungi jiran untuk memaklumkan kepada pihak polis dan menghubungi talian kecemasan 999.

"Semakan rekod lampau mendapati dua orang dari suspek  pernah terlibat dengan kesalahan berkaitan curi dan dadah. 

"Mereka akan direman untuk siasatan lanjut,"katanya.

Terdahulu dari itu pada jam 2 pagi, polis telah terima maklumat bahawa ada pencerobohan di tempat yang sama dan apabila sepasukan polis dari BP Sg. Maong dan sebuah MPV tiba di tempat kejadian mendapati tiada apa yang berlaku dan tidak menemui orang disyaki di kawasan berkenaan lalu meneruskan rondaan di kawasan sekitar. 

Katanya, polis juga telah berjaya merampas beberapa barang yang hendak dicuri dan anggaran kerugian belum dipastikan lagi.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) PPPPB (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »