BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lima kematian, 122 sembuh

 


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan lima kematian hari ini, menjadikan keseluruhan 50 kes di negara ini.

Menurutnya, bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat dengan terbaru, 
seramai 122 orang telah sembuh.


"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di adalah sebanyak 50 kes iaitu 
1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Tiga kes kematian terbaru melibatkan Johor iaitu masing-masing di Hospital 

Sultanah Aminah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan Hospital Enchee' Besar 
Hajjah Khalsom.

Dua kematian lagi di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Tuanku Jaafar Negeri Sembilan.   
Dalam pada itu katanya, kadar kematian pesakit COVID-19 di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan kadar kematian global.

Menurutnya, kadar kematian pesakit COVID-19 di negara ini pada kadar 1.6 peratus berbanding 4.5 peratus kadar kematian global.

“Ia berdasarkan maklumat awal jawatankuasa khas mengenai kematian akibat COVID-19 ini.

“Aliran menunjukkan mereka yang meninggal dunia akibat penyakit ini kerana ada masalah komplikasi penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sistem imunisasi yang rendah membabitkan 67 peratus.

“Faktor kedua membabitkan pesakit yang berusia, manakala ketiga kes yang lambat dirujuk kepada kita walaupun usianya masih muda,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dalam kes pertama, pesakit berusia 34 tahun dan kes pesakit berusia 27 tahun, mereka dirujuk setelah berada di fasa keempat serta kelima.

“Ini memerlukan bantuan pernafasan yang menyebabkan mereka tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »