BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lempar fitnah, Sim mahu saman pemimpin DAP

KUCHING:Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Sim Kui Hian akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) termasuk Pengerusinya,Chong Chieng Jen yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Menurutnya,pemimpin-pemimpin DAP terbabit mendakwa beliau gagal menguruskan bantuan membabitkan peruntukan bernilai RM800,000 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa.

"Mereka berulang kali menyatakan perkara yang tidak betul berhubung pengurusan bantuan ini di surat khabar dan media sosial dengan niat memburukkan imej saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua dana bantuan makanan daripada kerajaan negeri disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian, bukan kepada Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Mereka bertindak di luar batas dengan serangan berterusan, berulang dan berniat jahat tanpa asas dan tanpa mengesahkan fakta terlebih dahulu.

 "Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan surat undang-undang kepada semua terlibat kerana membuat tuduhan yang sangat memfitnah terhadap saya mengenai peruntukan dana bantuan makanan di Kuching," tegasnya.

Beliau berkata, keutamaan pada masa sekarang ialah menangani COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat.

"Petugas di barisan hadapan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari bagi memerangi COVID-18, masa ini bukannya masa untuk bermain politik," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »