BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki yang hilang di hutan Kampung Punau selamat


SIBURAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di hutan di Batu 17,Kampung Punau,Jalan Puncak Borneo,di sini,petang Sabtu lalu, ditemui selamat.

Mangsa dikenali sebagai Jason ak Tangkut, 43, telah pulang ke rumah pada jam 5 pagi tadi dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,dengan penemuan mangsa operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditamatkan jam 8.50 pagi ini.

Pihaknya Bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.28 petang semalam.

Pencarian mangsa dilakukan pada radius satu kilometer dari pondok kebun mangsa. 

Operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditangguhkan pada jam 7 malam ini tadi.

Turut serta dalam operas SAR itu ialah pihak Polis, Rela dan penduduk kampung.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »