BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki OKU hilang ditemui selamat


LAWAS: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya(OKU) yang hilang ketika pergi ke kebun di Lakutan,Jalan Merapok,Lawas, di sini, pagi semalam, ditemui selamat.

Mangsa, Abdul Sani Abdullah,50, dijumpai penduduk dan dikeluarkan oleh pasukan Bomba  di kawasan celah batu jam 4.36 petang ini yang melakukan operasi mencari dan menyelamat(SAR).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,mangsa dijumpa dalam jarak 50 meter dari tempat motosikal mangsa dijumpai. 

"Mangsa dalam keadaan lemah dan dibawa ke hospital menggunakan van Bomba untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, mangsa pergi ke kebun seorang diri menggunakan motosikal pada jam 8.30 pagi masih belum balik ke rumah hingga hari ini.

Adik mangsa  cuba mencari mangsa bersama penduduk kampung sehingga petang semalam tetapi masih belum menjumpai mangsa. 

Sejarah mangsa pernah hilang dua kali dan ini merupakan kali ketiga mangsa hilang.

Turut serta dalam operasi SAR itu ialah Angkatan Pertahanan Awam(APM),Polis dan penduduk kampung.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »