BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki khayal cabar polis, bawa pisau dipenjara lima tahun


 
SIBU: Padah membawa pisau pemotong daging dan mencabar anggota polis.

Seorang penganggur berusia 23 tahun dipenjara lima tahun hari ini.

Tertuduh Sia Yong Kim didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntuk hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Tertuduh pada pada 19 April lalu sekitar jam 5 petang di Balai Polis Sibu Jaya, memasuki balai polis tersebut dalam keadaan khayal sambil membawa pisau pemotong daging.

Ketika di dalam balai polis, tertuduh mencabar pegawai polis yang bertugas untuk bertengkar dan menangkapnya. 

Polis yang bertugas kemudian mengarahkan tertuduh membuang pisau itu ke luar.

Tertuduh melakukannya dan dia kemudian ditangkap.

Sia yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia memahami pertuduhan itu dan mengaku bersalah.

Dia juga tidak memohon pertimbangan untuk meringankan hukumannya. 

Hakim Caroline Bee Majanil menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya dari tarikh dia ditangkap.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »