BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki kejam tetak kucing jiran

BINTULU: Kejam! Itulah yang boleh disimpulkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak menetak kucing jirannya.

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Jalan Tun Hussein Onn, di sini, petang Selasa lalu. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, pemilik kucing terbabit, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun mengaku bahawa kucing peliharaannya itu terlepas semasa membasuh sangkarnya pada Ahad lalu.

"Dia menyedari bahawa kucing peliharaannya itu masih hidup apabila salah seorang rakannya menunjukkan satu video yang dimuat turun seorang nitizen.

"Wanita itu pasti bahawa itu adalah kucing peliharaannya yang terlepas dua hari sebelumnya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, penduduk di kawasan perumahan terbabit menghubungi seorang sukarelawan haiwan jalanan bagi membawa kucing malang itu ke klinik haiwan bagi diberikan rawatan.

"Suspek berusia 57 tahun kemudiannya ditahan polis untuk ditahan reman, pisau pemotong daging yang digunakannya turut dirampas sebagai bahan bukti kes,"ujarnya.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap haiwan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau keduanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »