BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lebih sejuta rakyat AS dijangkiti Covid-19

WASHINGTON, 11 April (Bernama) -- Lebih setengah juta orang di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangkiti wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Menurut universiti itu AS mencatatkan 500,399 kes COVID-19 dan 18,693 kematian. 

Terdapat 28,837 pesakit pulih.

Kematian pertama dilaporkan pada 29 Februari di Washington.

AS negara yang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi manakala jumlah kematian paling ramai dilaporkan di Itali iaitu sebanyak 18,849 orang.

Di seluruh dunia pula terdapat sekurang-kurangnya 1,696,139 kes disahkan, 102,668 kematian dan 376,200 pesakit sembuh. 

Mula muncul di Wuhan, China, hanya dalam tempoh empat bulan virus maut itu sudah merebak ke 185 negara dan wilayah. 
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »