BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lebih 91 peratus isi rumah sudah terima bantuan makanan - Fatimah

KUCHING, 18 April (Bernama) -- Program Bantuan Makanan yang dilaksanakan kerajaan Sarawak sejak 1 April telah memanfaatkan 91 peratus daripada jumlah isi rumah yang disasarkan setakat ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata daripada 349,449 isi rumah yang didaftarkan sebagai layak menerima bantuan itu, sebanyak 324,224 isi rumah telah menerima bantuan itu yang terdiri daripada barangan keperluan untuk memenuhi keperluan mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) (di Sarawak), 63 daripadanya telah selesai mengagihkan bantuan itu, manakala baki 19 kawasan lagi sedang melaksanakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukkan RM16.4 juta untuk program itu dengan setiap DUN diperuntukkan RM200,000 yang disalurkan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) di seluruh negeri.

“Mana-mana keluarga yang layak menerima bantuan itu tetapi tercicir secara tidak sengaja daripada senarai boleh menghubungi JPBB atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarkat terdekat,” katanya.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »