BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lebih 800 orang BSN sepanjang dua hari

KUCHING: Dianggarkan lebih 800 orang ramai berurusan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Padungan dan Tabuan Jaya bagi pengeluaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sepanjang tempoh dua hari ini.

Timbalan KPD Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, jumlah terbabit terpaksa dihadkan bagi memudahkan kelancaran pihak bank dan orang ramai yang hadir.

"Untuk mereka yang terlepas berurusan semalam dan hari ini bolehlah hadir pada waktu bekerja esok dan hari-hari seterusnya.

"Hasil pemantauan yang dilakukan mendapati kedua-dua cawangan bank ini mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan untuk urusan di kaunter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kaunter mula beroperasi pada jam 9 pagi dan hanya tiga kaunter dibuka dengan hanya tiga orang awam dibenarkan untuk masuk ke dalam bank sekali gus dan perlu memakai mask.

"Orang ramai juga dibekalkan dengan sanitizer dan pemeriksaan suhu oleh petugas bank sebelum berurusan.

"Sepanjang orang ramai berurusan dan beratur menunggu giliran masing-masing pihak polis turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara individu dan sentiasa menggunakan mask dan sanitizer,"ujarnya.

Katanya, IPD Kuching akan sentiasa membuat kawalan dan pemantauan dari semasa ke semasa ke semua Cawangan Bank BSN agar peraturan semasa PKP dipatuhi setiap masa.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »