BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak tutup pintu kepada semua pelawat



UPDATED VERSION.

KUCHING - Sarawak menutup pintu kepada semua pelawat, waima transit, kecuali Anak Sarawak yang balik kampung, dan diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari di hotel yang dikawal rapi. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang menghubungi Sarawak Update sebentar tadi menegaskan Sarawak tidak lagi membenarkan warga asing untuk masuk, malahan untuk tujuan transit sekalipun di Sarawak mulai hari ini. 


"Kita menutup pintu kepada semua pelawat. Warga asing yang singgah transit pun akan dihantar balik serta merta. Kita menutup semua pintu kepada warga asing. Hanya anak Sarawak yang mahu balik sahaja dibenarkan masuk dan dikurantin," jelas Uggah. 

Beliau berkata, pihaknya menyediakan hotel di seluruh negeri sebagai pusat kuarantin untuk menampung keperluan anak Sarawak yang terjejas akibat polisi baru itu. 


Siang tadi, kerajaan Sarawak menyediakan  lapan buah bas bagi membawa penumpang sebuah pesawat dari Kuala Lumpur yang tiba di Kuching hari ini.

Pesawat MH2536 yang membawa kumpulan pertama anak Sarawak seramai 77 orang termasuk seorang bayi. 



Penumpang pesawat itu dilihat memasuki bas kira kira 30 minit sebaik selesai ujian kesihatan selepas mendarat pada jam 3.50 petang. 

Mereka akan dibawa ke tempat penginapan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Ini adalah selaras dengan polisi baharu yang mewajibkan sesiapa sahaja yang memasuki Sarawak, sama ada melalui darat, udara atau laut, akan ditempatkan di Pusat Kuarantin selama 14 hari mulai hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »