BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Langgar PKP, dikurung dalam rumah berhantu


Ingkar perintah Covid-19, pesalah di Sragen ditahan di rumah-rumah berhantu

'Bengang' dengan sesetengah orang yang mengabaikan perintah kawalan pergerakan pergerakan dan kuarantin, seorang pemimpin dari Daerah Sragen, Jawa Tengah memutuskan menahan pesalah itu di rumah berhantu.

Berikutan perintah yang dikuatkuasakan di Jakarta dan bandar utama, banyak orang luar dari Sragen datang ke sini seterusnya mengabaikan peraturan kuarantin diri selama 14 hari.

Maka bagi membuat orang mematuhi perintah berkaitan, mereka yang didapati ingkar akan ditahan di rumah-rumah terbiar yang dipercayai berhantu lapor Coconuts Jakarta baru-baru ini.

Menurut Ketua pemerintah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati, pihaknya meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, membersihkan rumah berhantu di tengah sawah sebagai tempat kuarantin bagi penduduk yang keras kepala.

"Kalau memang degil silakan. Saya menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung ingkar. Satu di Plupuh dan satu lagi di kampung Sepat yang enggan dikuarantin.

"Saya minta pihak berkaitan tempatkan mereka di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau," katanya.

Tambahnya, meskipun tindakan itu agak berlainan tetapi semuanya demi kebaikan seluruh penduduk.

"Kami harapkan hal ini menjadi pengajaran bagi orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan bagi memutus rantaian koronavirus," jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »