BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lakukan segera semburan nyah kuman di kawasan positif COVID-19 di Bintulu

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Dato' Seri Tiong King Sing mahu semburan nyah kuman dilakukan segera di lokasi yang dikenal pasti positif atau kes baharu bagi individu disyaki (PUI) COVID-19 di kawasan itu.

Beliau berkata,semburan nyah kuman itu dapat memastikan tempat itu bersih dan selamat kepada orang lain.
"Tumpuan harus diberikan dilokasi awam yang menjadi tumpuan ramai agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bencana di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu di Pejabat Residen Bintulu, hari ini.

Menjelas lanjut,katanya,setakat ini Bahagian Bintulu merekodkan enam kes positif COVID-19.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bintulu perlu bertindak cepat jika didapati kes disyaki COVID-19 dengan
mengarahkan individu yang mempunyai konteks menjalani ujian saringan kesihatan,"ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati masyarakat di Bahagian Bintulu supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dengan hanya duduk di rumah jika tidak ada keperluan atau urusan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »