BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kulai kini zon merah dengan 41 kes


KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Daerah Kulai di Johor diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes positif COVID-19, sekali gus menjadi keseluruhan 29 kawasan berada dalam zon berkenaan di seluruh negara, semalam.

Menurut infografik Kementerian Kesihatan dalam media sosial rasminya, Kulai, menjadi daerah kelima di Johor di kategorikan sebagai kawasan zon merah selepas jumlah kes positif mencecah lebih 40 kes dalam tempoh 24 jam.

Selain Kulai, empat daerah lain di negeri itu ialah Kluang dengan 221 kes, Johor Bahru (187), Batu Pahat (52) dan 47 kes di Muar.

Sementara itu,  Lembah Pantai di sini berada dalam kedudukan tertinggi dalam zon merah dengan 604 kes.

Daerah lain dalam kategori zon merah adalah Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Hulu Selangor dan Klang di Selangor; Cheras, Kepong dan Titiwangsa (Kuala Lumpur); Putrajaya, Hilir Perak dan Kinta (Perak); Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan); Kota Bharu (Kelantan); Jerantut dan Kuantan (Pahang); Jasin dan Melaka Tengah (Melaka); Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak); Tawau dan Kota Kinabalu (Sabah).

Sehingga tengah hari ini, negara merekodkan 5,251 kes positif  berbanding 5, 182 kes, Khamis.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »