BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kuarantin di rumah mulai Isnin

KUCHING: Semua rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung / Sabah / Labuan akan di kuarantin selama 14 hari di rumah dan akan dipantau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai rumah di mana mereka tiba (Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri) mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin yang telah disediakan.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, semua rakyat Sarawak yang balik dari Luar Negara akan di Kuarantin di Pusat Kuarantin yang telah disediakan di mana mereka tiba.

Menurutnya, semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara dan telah lengkap menjalani Kuarantin selama 14 hari di Semenanjung, mereka akan dikeluarkan arahan (Stay Home Notice) selama 14 hari. 

"Semua pergerakan antara daerah dalam Sarawak dengan menggunakan (darat / udara / sungai) hendaklah mendapatkan permit daripada pihak polis sebagai dokumen sokongan sebelum mereka membuat penempahan tiket (kapal terbang / bas / bot)," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »