BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

KPDNHEP Sarawak terima 241 aduan kenaikan harga barang sepanjang PKP

KUCHING:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak menerima sebanyak 241 aduan berhubung kenaikan harga barang sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) mulai 18 Mac lalu hingga semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini,KPDHEP berkata,aduan–aduan tersebut adalah berkaitan dengan harga topeng muka, hand sanitizer,keperluan asas dan lain-lain.

"Sebanyak 130 aduan diterima berhubung dengan topeng muka, aduan berkaitan pencuci tangan(14),aduan dalam talian (45), keperluan asas (58) dan lain-lain aduan sebanyak 58.

"Kita akan melakukan siasatan aduan yang diterima ini secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata, sekiranya didapati peniaga menaikkan harga secara tidak munasabah dan melebihi paras margin keuntungan, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 14, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat atau Pertubuhan Perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000,”tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »