BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Korea Selatan guna kad pengenalan digital mulai tahun ini


SEOUL, 20 April (Bernama) -- Korea Selatan bakal memperkenalkan sistem pengenalan diri digital secara berperingkat bagi menggantikan kad pengenalan plastik sedia ada, di sektor awam mulai tahun ini, lapor agensi berita Yonhap. 

Sistem baharu itu akan diperkenalkan pertama kali kepada penjawat awam akhir tahun ini, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Ia kemudian akan diperluas untuk lesen memandu pada 2022. 

Buat masa ini bagi mengelakkan kekeliruan, kad pengenalan baharu itu akan digunakan bersama dengan kad pengenalan sedia ada, tambah kementerian. 

Kerajaan juga merancang memperkenalkan sistem pengenalan digital kepada orang kurang upaya pada tahun depan. 

Menurut kementerian, kerajaan akan memperluas kerjasama dengan pembuat telefon pintar dan institusi keselamatan siber untuk meningkatkan aspek  keselamatannya. 

-Bernama

Kredit Gambar Yonhap News

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »