BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kilang proses rumbia dibenar buka


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memutuskan semua kilang-kilang pemprosesan rumbia dibenarkan dibuka.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga  
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, kilang rumbia dibenar dibuka
 dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, bilangan penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan 
semasa tempoh PKP kepada 3 kali seminggu iaitu hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

"Manakala penerbangan dari Kuala 
Lumpur-Miri-Kuala Lumpur dua kali seminggu iaitu Khamis dan Ahad," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu katanya, semua rakyat Sarawak yang pulang dari luar negara / Semenanjung / Sabah / dan Wilayah Persekutuan Labuan akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dimana mereka tiba.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »