BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kilang penyimpanan botol kosong terbakar

KUCHING:Kilang yang dijadikan sebagai premis menyimpan botol-botol kosong di Batu Lapan, Jalan Kuching-Serian di sini, terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.56 pagi.

"Balai Bomba dan Penyelamat( BBP) Batu Lintang telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan kilang ini,"katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.22 pagi.

"Setelah api berjaya dipadam sepenuhnya operasi ditamatkan pada jam 11.08 pagi ini,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »