BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta MPV mewah terbakar

KUCHING: Sebuah kereta MPV mewah terbakar di Lorong Dua, Jalan Stampin di sini, kira-kira jam 11.23 pagi tadi.

Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 100% di bahagian enjin dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.23 pagi sebelum mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang ke lokasi. 

"Komander Operasi melaporkan setibanya dilokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis mpv Lexus terbakar pada bahagian enjin. 

"Pasukan Bomba yang tiba di lokasi berjaya memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan 2 aliran melalui salur bantu mula daripada jentera," katanya.

Bagaimanapun, ia tiada kemalangan kemalangan jiwa dilaporkan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »