BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan Sarawak luluskan RM2.3 juta bantu nelayan dan petani

KUCHING - Kerajaan Sarawak meluluskan bantuan berjumlah RM2.3 juta bagi membantu membeli hasil jualan petani dan nelayan di seluruh Sarawak.

"Ketua Menteri sudah meluluskan dan bantuan sebanyak RM600,000 akan disalurkan kepada Persatuan Nelayan Sarawak bagi membeli hasil tangkapan nelayan yang sukar untuk dijual," kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata Pertubuhan Peladang Kawasan diberikan modal sebanyak RM1.5 juta bagi membeli hasil pertanian manakala FAMA diperuntukkan RM200,000 untuk memborong hasil pertanian. 

"Kita sudah mula membuat pembelian hasil pertanian semalam manakala bantuan kepada Penesa sudah disalurkan hari ini," kata Uggah.

Uggah berkata PPK, FAMA dan Penesa akan membeli dan menjual semula tangkapan nelayan dan hasil pertanian itu. 

"Jika ada barang yang sudah tidak dapat disimpan, atau stok sudah berlebihan mereka akan mendermakan hasil tani dan ikan itu kepada petugas barisan hadapan agar tidak berlaku pembaziran," kata Uggah.

Walaupun masih menjalani proses kuarantin, Uggah berkata dia sentiasa mempengerusikan mesyuarat secara atas talian. 

" Maafkan saya, kami baru selesai mesyuarat video sebentar tadi. Saya baru mendapatkan maklumat proses saringan di Kuching dan Kota Samarahan. Saya sudah mengarahkan mereka supaya menyaring seberapa ramai yang boleh. Dan saya difahamkan semua orang yang datang ke KBS disaring semalam, " tegasnya.

Uggah berkata dia juga sudah mengarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membawa kit ujian secukupnya.

" Kita sedang berada dalam kecemasan, kita tidak cukup beritahu kami. Kerajaan Sarawak ada wang. Kita akan membantu membeli demi keselamatan rakyat kita," tegas Uggah. 

Uggah menegaskan proses saringan oerlu dibuat segera melibatkan semua kontak dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. 





Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »