BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan Sarawak borong buah nenas orang kampung

BETONG: Jabatan Pertanian Bahagian Betong membeli buah nenas hasil tanaman penduduk Rumah Banta, Kubal Batu, Lidong Betong secara borong menggembirakan penduduk
Usaha itu membantu penanam nenas daripada kerugian apabila hasil membusuk akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa.

"Dalam kami gembira melihat hasil tanaman yang kami usahakan mengeluarkan hasil tiba-tiba kerajaan mengeluarkan arahan PKP membuatkan kami resah kerana tanaman kami yang sudah boleh dipetik tidak dapat dijual hasilnya," kata Tuai Rumah Banta dalam kenyataannya.
"Setelah memasuki minggu ketiga kerajaan mengarahkan untuk mematuhi PKP akibat pandemik COVID-19, kami penduduk mula merasa risau akan tanaman kami yang begitu banyak dan hasil yang tidak dapat dijual.

"Untuk makan sendiri pun terlalu banyak. Kalau nak beri kepada jiran, mereka pun masing-masing ada. Nak diberi kepada penduduk rumah panjang lain pun masalah," ujarnya.

"Masalah kami telah mendapat perhatian  pihak Jabatan Pertanian Bahagian Betong dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Saribas yang telah berunding untuk membeli hasil nenas kami agar buah tidak membusuk dan kami juga mengalami kerugian.
"Namun kami amat bersyukur kerana pihak terbabit membeli secara borong hasil nenas kami yang mencecah seribu biji," katanya.

"Difahamkan hasil nenas keluaran kami itu juga akan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan," tambahnya lagi.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »