BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kematian akibat Covid-19 di Amerika Selatan meningkat

ANKARA, 2 April -- Angka korban akibat COVID-19 yang dilaporkan di beberapa negara di rantau Amerika Selatan terus meningkat pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu. 

Jumlah kematian di Brazil meningkat kepada 240 orang, menurut Johns Hopkins University, manakala lebih 6,800 kes disahkan dan 127 pesakit sembuh. 

Presiden Jair Bolsonaro, berkata pada sidang akhbar baru-baru ini virus COVID-19 merupakan ujian terbesar negara. 

"Menjadi tanggungjawab utama kita untuk menyelamatkan nyawa tanpa mengganggu sektor perniagaan negara. Kita perlu mengambil langkah yang sangat berhati-hati terutamanya terhadap pesakit dan orang-orang tua," katanya.
Pada 18 Mac, darurat diisytiharkan di Rio de Janeiro dan Sao Paulo, dua negeri yang paling teruk terjejas. 

Sementara itu, di Ecuador 14 kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan angka korban seramai 93 orang dan lebih 2,700 kes disahkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Ernesto Carrasco berkata 1,678 kes melibatkan pesakit berumur antara 20 dan 49 tahun, manakala 672 kes berusia antara 50 dan 64 tahun.

Jumlah kematian seluruh dunia kini mencecah 47,231 dengan 937,091 kes disahkan dan 193,764 pesakit sembuh, menurut Johns Hopkins University.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »