BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kelulusan kilang arak beroperasi dibatalkan serta-merta

PUTRAJAYA, 6 April -- Kelulusan bagi membenarkan dua kilang arak beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibatalkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan serta-merta.

“...jadi tidak timbul isu tentang kilang Heineken dan Carlsberg beroperasi,” katanya.
- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »