BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kedai hardware buka dua hari seminggu

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan semua kedai hardware dibenarkan dibuka dua kali seminggu.

Timbalan Pengerusi JPBN Datuk Karim Rahman Hamzah berkata, Ia dibuka pada hari Selasa dan Khamis dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Menurutnya, selain itu, penjualan kedai input pertanian (baja/racun/makanan binatang) dibenarkan dibuka dua (2) kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

"Kedai menjual alat tukar ganti (jentera pertanian dan industri)
dibenarkan dibuka dua (2) kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan 
Khamis dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Karim berkata, berkuatkuasa serta merta, semua bukan warganegara yang melalui 
(udara / laut / darat) tidak dibenarkan transit di Sarawak.

"Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dari Kuala Lumpur – Sibu 
– Kuala Lumpur dibatalkan sehingga 14 April 2020.

"Semua stok makanan untuk diagihkan di semua Daerah telah dihantar
mengikut perancangan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »