BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kargo bawa bekalan ketiga perubatan tiba di KLIA malam tadi

PUTRAJAYA, 1 April -- Bekalan ketiga sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu meringankan usaha kerajaan memerangi virus COVID-19 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Pengendali KLIA, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), dalam laman sosial, Twitter rasminya, berkata bekalan ketiga tiba menerusi penerbangan sulung YTO Cargo Airlines.

Pesawat kargo tersebut ialah Boeing B757F dengan kapsiti 32 tan metrik.

Menurut MAHB, ia merupakan syarikat perkhidmatan kargo ke-11 beroperasi dari KLIA dan syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkhidmatan kargo seterusnya bagi laluan Kuala Lumpur-Hangzhou sebanyak lima kali seminggu.

MAHB berkata bekalan bantuan COVID-19 yang didermakan melalui kedua-dua yayasan itu terdiri daripada pelindung muka, penutup mulut dan hidung, kit ujian, sut perlindungan badan dan muka untuk kegunaan Malaysia dan tiga lagi negara Asia Tenggara.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »