BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

"Kalau takut dibungkus, dikambus tanah", duduk rumah

KUCHING: Sungai Sarawak menjadi lubuk kepada kaki pancing terutama yang memancing udang.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, namun ada segelintir kaki pancing yang masih degil berani memancing ke sungai.

Berhampiran dengan Jambatan Satok dan Kubah Ria, kelihatan kaki pancing masih degil memancing udang kerana kawasan tersebut dianggap lubuk udang.

Tidak hairan repiika 'pocong' sedang memancing sebagai simbolik bagi memberi amaran kepada kaki pancing yang masih degil.

Replika tersebut tertera perkataan, "Kalau takut dibungkus, di kambus tanah, ambil serius. duduk rumah".

Ia mendapat perhatian orang ramai terutama kaki pancing.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan bermula 15 hingga 28 April ini.

Beliau berkata, perlanjutan itu selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak menamatkan PKP dengan lebih awal.

Perdana Menteri memaklumkan perlanjutan tempoh PKP itu dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan pakar perubatan.

Katanya, seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »