BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jual penutup muka atas harga siling

KUCHING:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak menerima sebanyak 165 aduan mengenai kenaikan harga barang dengan sebanyak 59 aduan membabitkan penutup hidung dan mulut dan pensanitasi tangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan hingga semalam. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak Mohd Hanizam Kechek berkata,bertindak di atas aduan yang diterima daripada orang awam melalui media masa, sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDNHEP telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan di sekitar Jalan Song, semalam. 

"Aduan tersebut menyatakan premis berkaitan disyaki telah menjual penutup hidung dan mulut (face mask) pada harga yang tinggi,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, bagi menjalankan siasatan lanjut satu serahan Notis Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 telah diserahkan kepada pemilik premis tersebut. 

"Siasatan akan dijalankan dan sekiranya didapati peniaga menaikkan harga yang tidak munasabah dan melebihi paras harga kawalan, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa barangan yang terkawal yang mengutip deposit selain mengikut harga atau caj-caj yang ditentukan oleh pengawal,"ujarnya.

Katanya,peniaga yang menaikan harga semua jenis penutup hidung dan mulut jika disabitkan kesalahan,individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Syarikat atau Pertubuhan Perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »