BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangkitan bertambah di Kota Samarahan

Samarahan perlu kawalan rapi

KUCHING: Kadar jangkitan di Kota Samarahan yang semakin bertambah setiap hari memerlukan pemantauan dan kawalan lebih rapi di kawasan tersebut sekali gus bagi mengawal pertambahan kadar jangkitan.

Samarahan yang kini berada dalam Zon Merah mencatatkan 42 kes positif COVID-19 dan 9 kes dalam PUI.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak hari ini merekodkan sembilan lagi kes baharu positif COVID- 19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 273 kes keseluruhan.

Menurutnya, daripada 9 kes tersebut, 8 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 1 kes dirawat di Hospital Bintulu.

"Pada hari ini, sebanyak 76 kes baharu Person Under Investigation (PUI) diilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,705 kes. 

"Daripada jumlah itu, 1,358 kes adalah negatif dan 74 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media hari ini.

Karim berkata, bagi kes PUI di Daerah Kuching pada hari ini, sebanyak 56 kes PUI telah disaring dimana 8 kes PUI telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 48 kes PUI telah disaring di Hospital Umum Sarawak.

"Sehingga hari ini, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah sebanyak 96%. Semalam pihak Polis telah menangkap 26 orang di Sarawak kerana melanggar PKP," katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengemaskini kawasan-kawasan berdekatan yang dikategorikan sebagai Zon Merah (41 kes positif ke atas) mengikut lokaliti seperti di dalam peta.

"Bermula semalam, semua rakyat Sarawak yang pulang dari Luar negara / Semenanjung / Sabah / dan Wilayah Persekutuan Labuan akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dimana mereka tiba," katanya.

Berikut adalah bilangan Rakyat Sarawak yang telah ditempatkan di Pusat Kuarantin sebagai PUS (Person Under Surveillance) seperti berikut:




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »