BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan sebar fitnah bantuan makanan

BETONG: "Saya minta jangan ada pihak yang tidak tahu tentang bantuan memburuk-burukkan pihak penyumbang dan memutarbelit mengaitkan dengan bantuan kerajaan, juga memburuk-burukkan kerajaan serta memviralkan dimedium-medium yang tidak sepatutnya," tegas Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit.

"Sekiranya ada kekeliruan berhubung bantuan sila berhubung terus kepada pihak yang mengurus bantuan, Ketua-Ketua Kampung atau saya sendiri untuk mengetahui lebih lanjut.
"Saya harap tiada kekeliruan tentang bantuan yang telah diberikan kerana kita tahu rakyat mempunyai persepsi dan pemahaman tersendiri berhubung bantuan selain fokus itu ialah bantuan dari kerajaan sahaja," ujarnya.

Beliau memberitahu demikian ketika penyerahan bantuan Bencana COVID-19 yang disumbangkan oleh Lembaga Amanah dan Khairat Melayu Betong(LAMB) dan Pengurusan Masjid Jamek Betong(PMJB) kepada penduduk Kampung Melayu Betong.
"Pemberian bantuan melibatkan enam buah Kampung di bawah pentadbiran Kampung Melayu Betong iaitu Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan Kampung Melayu Passa Betong.

"Bantuan yang diberikan merujuk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh penyumbang dimana keutamaan diberikan kepada penduduk Kampung dalam kalangan Ketua Isi Rumah(KIR) sahaja yang berupa makanan asas.
"Bantuan juga melibatkan semua KIR, tetapi tidak termasuk rumah-rumah penduduk yang tiada penghuni, rumah sewa yang kosong kerana masing-masing balik bercuti selain terikat akibat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang dikuatkuasakan dan KIR yang memiliki lebih daripada sebuah rumah akan mendapat satu bahagian sahaja," jelasnya.
"Alhamdulillah, bersyukur kita kerana kedua-dua pihak telah berusaha memberi bantuan untuk manfaat penduduk bagi menampung keperluan masing-masing yang mana ketika ini penduduk amat memerlukan bantuan seumpamanya.

"Sumbangan ini merupakan langkah terbaik yang dijalankan oleh kedua-dua pemegang amanah yang berganding bahu menyumbang untuk penduduk Kampung ketika dilanda musibah seperti sekarang," tambahnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »